Khaled Tempelak Muhyiddin Anjur Kempen Rakyat Tolak GST

JOHOR BAHRU, 1 Apr – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menempelak tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganjurkan Kempen Rakyat Tolak GST di hadapan Sogo hari ini.

Menurut beliau, ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diwujudkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut terlibat melaksanakannnya.

“Jika GST dihapuskan, negara kita mahu menggunakan cukai apa lagi dan berapa hasil akan hilang jika GST tidak dikutip serta bagaimana negara mahu menampung kekurangan hasil negara, soal beliau.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa perlaksanaan GST sudah membawa kesan yang berat kepada seluruh negara dan rakyat juga marah dengan tindakan sebegitu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66