Peserta BERSIH 2.0 Tetap Berdegil

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Walaupun sudah di beri amaran agar tidak berarak ke Parlimen, peserta Himpunan Bersih 2.0 tetap berdegil menuju ke Parlimen.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pihak polis sudah mengadakan perbincangan bersama penganjur dan membenarkan hanya 10 wakil ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan bagi membentangkan persempadanan semula di Dewan Rakyat.

“Berlaku sedikit ketegangan apabila polis cuba menghalang dan menyekat kemaraan peserta himpunan berkenaan.

“Benteng Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang di susun kira-kira 300 meter daripada pintu masuk berjaya menghalang peserta himpunan daripada memasuki kawasan Parlimen, katanya.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com