SULTAN IBRAHIM DAN KELUARGA DIRAJA JOHOR TERIMA KUNJUNGAN TIGA DUTA ASING DI MALAYSIA

Hubungan baik yang terjalin di antara negeri Johor dan negara-negara asing diperingkat antarabangsa terus terbukti apabila DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat tiga duta besar asing ke Malaysia hari ini (27 Mac).

Kunjungan ke atas Tuanku Sultan Ibrahim dan Keluarga DiRaja Johor dilakukan oleh Duta Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlechner; Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset dan Duta Denmark ke Malaysia, Jesper Vahr.

Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan paduka-paduka anakanda serta suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Pertemuan bersama Sultan Ibrahim dan Keluarga DiRaja Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru berlangsung selama 20 minit, sebelum tetamu kehormat diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Tuanku Sultan Johor turut berkenan menerima cenderamata daripada tetamu kehormat sebelum Baginda berdua dan Keluarga DiRaja Johor berangkat pulang.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66