Sampel DNA Waris Kapal Korek Diperlukan Untuk Mengecam Baki Mayat.

BATU PAHAT, 23 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Johor memerlukan sampel DNA (Asid Deosiribonukleik) daripada waris keluarga mangsa tragedi kapal korek yang terbalik di perairan Parit Jawa pada Rabu lalu sebelum dapat mengenalpasti identiti sebenar dua mayat yang ditemui.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, ianya susulan keadaan mayat yang sudah mereput menyukarkan mayat berkenaan dikenalpasti.

“Dua mayat lain pula sudah dikenal pasti berikutan dalam keadaan sempurna ketika ditemui di bahagian dalam kapal namun masih belum dituntut oleh Kedutaan China.

“Proses pengecaman terhadap dua mayat yang belum dikenal pasti berkenaan akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas kita mendapatkan sampel DNA daripada keluarga waris dengan bantuan Kedutaan China, katanya ketika sidang media selepas pelancaran Sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 Peringkat Negeri Johor di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, hari ini.

Menurut beliau, sehingga hari ini tiga mangsa yang telah diselamatkan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan kini berada dalam keadaan stabil manakala dua lagi mangsa sudah didiscaj daripada wad.

(Visited 15 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66