Pemimpin Veteran Sepatutnya Bersama Kerajaan Yang Sedia Ada.

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Sebagai pemimpin veteran khususnya mereka yang pernah berkhidmat bersama kerajaan sepatutnya bersama dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka sepatutnya bersama kerajaan bagi mempertahankan asakan pihak pembangkang.

“Kenyataan yang diberikan oleh veteran-veteran UMNO yang menentang kerajaan sebelum ini hanya meletakkan minyak agar api menjadi marak.

“Walhal mereka bukan pun inginkan kebenaran, malah apabila mereka bercakap mengenai rasuah dan sebagainya mungkin itu yang mereka lalui dan amalkan ketika mereka berkuasa dahulu.

“Jangan pula bila masa mereka berlalu mereka tunjukkan yang ada kini juga seperti mereka. Cukup – cukup lah, ini adalah masa untuk menunjukkan solidariti kepada BN seperti kami lakukan sewaktu mereka inginkan kuasa satu ketika dahulu, katanya.

Terdahulu, Veteran UMNO merangkap Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz memberi kenyataan mengenai tindakan memilih pemimpin yang rasuah adalah sama seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik yang berkenaan.

Sementara itu, Tan Sri Rafidah juga memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan dianggap bersubahat dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya pengundi secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66