Pelancaran Jentera BN Negeri Johor Permulaan Besar-Besaran Berperang Pada PRU 14.

BATU PAHAT, 27 Mac – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Johor yang dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat ini merupakan permulaan secara besar-besaran untuk BN Negeri Johor berperang di medan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, setiap jentera yang ada di Negeri Johor perlu bersiap sedia kerana mereka sudah tidak boleh untuk menoleh ke belakang lagi.

“Cabaran terlalu hebat berada di hadapan dan asakan kuat daripada parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menggempur Negeri Johor.

“Maka setiap ahli BN perlu mempunyai kekuatan dalaman dan bersedia dalam apa jua keadaan untuk kita bekerja lebih kuat bagi memenangi hati rakyat untuk bersama-sama dengan kerajaan BN, katanya ketika sidang media di Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 Peringat  Negeri Johor, di ADTEC Batu Pahat, hari ini.

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66