Usaha Mencari dan Menyelamat 9 Lagi Mangsa Kapal Korek JBB RONG CHANG 8 Teruskan.

MUAR , 26 Mac – Misi mencari dan menyelamat sembilan lagi krew Kapal JBB RONG CHANG 8 diteruskan pada hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan,  Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, operasi menyelam di dalam bahagian kapal dihentikan semalam.

“Usaha mencari baki krew kapal JBB RONG CHANG 8 ditumpukan di permukaan laut telah diperluaskan sehingga meliputi kawasan 400 batu nautika persegi.

“Pusat Operasi Mencari Dan Menyelamat akan dipindahkan ke Pangkalan Maritim Batu Pahat bagi pemantauan aset yang terlibat dalam pencarian.

“Pencarian hari ini melibatkan 120 orang anggota serta aset yang iaitu 4 buah kapal dan 10 buah bot Maritim Malaysia,Tentera Laut Diraja Malaysia,Pasukan Polis Marin,Jabatan Bomba dan Penyelamat , Angkatan Pertahanan Awam , Pejabat Kesihatan Muar , Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar serta dibantu oleh nelayan di sekitar Muar, katanya.

Menurut beliau, sehingga hari ini, lima mangsa sudah ditemui selamat dan masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Sepanjang operasi mencari dan menyelamat ini dijalankan, empat mayat sudah ditemui, manakala dua mayat sudah dapat dikenal pasti dan dua lagi sedang menunggu pengesahan daripada ahli keluarga.

“Orang ramai diminta untuk menghubungi talian hotline Maritim Malaysia jika terlihat atau menjumpai mangsa-mangsa di sekitar kawasan pencarian serta diingatkan untuk berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

“Sebarang kejadian boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat di talian 07-4344020 atau hotline 999, katanya.

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66