‘Terima Kasih’ Atas Keprihatinan Muhyiddin – @KhaledNordin

BATU PAHAT, 25 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin terhadapnya dengan memberi nasihat kepada beliau untuk mencari ‘kerusi yang selamat’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Mohamed Khaled berkata, ini menunjukkan pihak pembangkang dalam keadaan lemah dan jika mereka tidak menunjukkan sebegitu sudah pasti ramai yang akan lari dan tidak memberi sokongan kepada parti mereka di Johor, malah di negeri – negeri lain juga.

“Saya sebagai orang yang sudah lama dalam politik, kita tidak takut dengan cakap-cakap seperti itu dan beranggapan pihak mereka hanya untuk menarik perhatian sahaja serta tidak perlu mengikut rentak mereka, katanya ketika sidang media Majlis Himpunan Muafakat Jentera Wanita Barisan Nasional Negeri Johor dan Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018 di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, hari ini.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com