Pencarian 9 Lagi Mangsa Kapal Korek JBB Rong Chang 8 Diteruskan

MUAR , 25 Mac – Pencarian sembilan lagi mangsa kapal JBB Rong Chang 8 diteruskan hari ni dengan menumpukan pencarian di paras permukaan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan, Kepten Maritim Sanifah Bin Yusof berkata, operasi menyelam di dalam bahagian kapal diberhentikan hari ini dan usaha pencarian baki krew kapal JBB RONG Chang 8 ditumpukan di permukaan meliputi kawasan seluas 360 batu nautika.

“Operasi menyelam diberhentikan selepas selaman ke semua bahagian kapal telah dilakukan dan tidak menjumpai baki mangsa yang masih hilang.

“Sehingga hari ini, lima mangsa sudah ditemui selamat dan kesemuanya masih lagi mendapatkan rawatan di hospital, katanya.

Menurut beliau, sepanjang usaha mencari dan menyelamat ini dijalankan, empat mayat sudah ditemui dan dua mayat sudah dikenal pasti serta dua lagi sedang menunggu pengesahan daripada ahli keluarga.

Beliau turut menasihatkan komuniti maritim serta orang awam yang melihat atau menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai sembilan lagi mangsa yang masih belum ditemui diminta untuk segera melaporkan kepada Pasukan SAR yang berada di lokasi Pangkalan Hadapan Operasi atau melaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat di talian hot line 07- 4344020 atau 999.

(Visited 38 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com