Mahfuz Omar Selar Kenyataan Hadi Awang

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Tun Mahathir seperti ‘jilat ludah sendiri’ apabila menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Beliau berkata, lebih baik menjilat ludah sendiri daripada terus meludah ke atas muka rakyat.

“Lebih baik menjilat ludah sendiri daripada PAS menjadi tukang jilat ludah UMNO yang dipimpini Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.



“Kesediaan Tun Mahathir untuk menghapuskan AUKU yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 14 menunjukkan Tun Mahathir tidak ego dan tidak meninggi diri dan terus pertahankan apa yang dia buat satu masa dulu.

“Tun Mahathir sedia menghapuskan AUKU dan menunjukkan beliau terbuka menerima pandangan kehendak rakyat Malaysia dan pimpinan PH lain, katanya.

Menurut beliau, ianya menunjukkan kepimpinan PH tidak menjadi seperti ‘lembu di cucuk hidung’.

“Kesediaan Tun Mahathir membuat pembaharuan di hujung usianya adalah sesuatu yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya.

“Allah juga menilai kepada kebaikan di pengakhiran hidup seseorang walaupun diawal kehidupan melakukan kesalahan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Allah Maha Pengampun”, katanya.

(Visited 32 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.