Jangan Sentuh Isu Sensitif Pada PRU Akan Datang – Sultan Johor

SERDANG, 24 Mac – DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan kepada semua parti politik agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan seperti kaum dan agama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Baginda bertitah, untuk menjamin keharmonian masyarakat, semua pihak harus memberi fokus kepada titik persamaan dan tidak membandingkan perbezaan.

“Semua rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah, hanya kerana perbezaan pendapat dan parti politik.

“Orang yang sering membawa masalah adalah mereka yang suka menggunakan isu perkauman dan agama untuk menghasut rakyat membenci satu sama lain”, titah baginda di Majlis Pelancaran Malaysia Bike Week 2018 di MAEPS Serdang, hari ini.

Baginda bertitah, setiap rakyat bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian hidup dan mengekalkan keamanan tanah air.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, rakyat yang akan susah dan kestabilan negara akan musnah”, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

(Visited 34 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66