Hanya Kabinet Dapur Layak Untuk @Khairykj – @MahfuzOmar

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai seorang calon Perdana Menteri (PM) perlu sihat daripada segi mental dan fizikal untuk menangani tekanan kepada jawatan tertinggi negara.

Tambah Mahfuz, keadaan mental Tun Dr Mahathir lebih baik daripada kepimpinan UMNO khususnya Perdana Menteri Najib Razak.

“Daripada segi fizikal semua orang boleh melihat Tun Mahathir boleh memandu, menunggang kuda dan boleh jelajah satu Malaysia bersama Pakatan Harapan (PH).

“Jika fizikal tidak baik mana mungkin Tun Mahathir boleh jelajah dan berdiri hampir 1 jam untuk berucap, katanya.

Menurut beliau, semua orang ada masalah kesihatan baik Tun Mahathir mahupun Najib dan tiada ketentuan had umur yang boleh memimpin dengan baik.

“Jika orang muda seperti Khairy duit RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pun boleh hilang, ini menunjukkan orang muda seperti beliau tiada kemampuan untuk mengurus dengan baik.

“Isu berkenaan menunjukkan Khairy sebagai orang muda memalukan golongan muda dan tidak layak berada dalam mana-mana kabinet kecuali kabinet dapur”, katanya.

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66