PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

7 Lelaki Disyaki Pengganas Diberkas @PDRMsia – @Fuzi_Harun

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan di negara ini ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan tujuh lelaki berkenaan dilakukan antara 27 Februari hingga 15 Mac lalu dalam serbuan di Johor dan Sabah.

“Tangkapan di Johor telah membabitkan enam suspek lelaki tempatan yang dipercayai daripada sel kumpulan pengganas DAESH yang merancang untuk melancarkan serangan di rumah ibadat bukan Islam selain perancangan untuk menculik serta membunuh anggota polis.

“Tangkapan pertama di Johor membabitkan tiga lelaki berusia antara 30 hingga 49 tahun, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau.

Menurut beliau, salah seorang suspek yang ditahan adalah lelaki yang berusia 49 dan bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta serta merupakan perancang utama rancangan serangan berkenaan, manakala suspek kedua berusia 49 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan berperanan sebagai penasihat sel kumpulan berkenaan dan sebagai penjaga rahsia semua aktiviti mereka.

“Kemudian suspek ketiga yang berusia 30 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan berperanan mengurus pembelian senjata api daripada negara jiran dan membuat tugas meninjau sasaran serangan sekitar Johor.

“Kesemua mereka merancang untuk melarikan diri ke negara jiran untuk mendapatkan perlindungan dengan kumpulan pengganas sebaik berjaya melancarkan serangan, katanya.

Mohamad Fuzi berkata, polis melancarkan operasi susulan antara 28 Februari hingga 1 Mac yang membawa kepada tangkapan tiga lagi suspek daripada kumpulan yang sama.

“Tangkapan pada 28 Februari membabitkan suspek keempat berusia 25 tahun dan bekerja sebagai pelayan kafe dan suspek menerima arahan daripada suspek pertama untuk menculik serta membunuh anggota polis.

“Tangkapan seterusnya adalah pada 1 Mac lalu membabitkan dua suspek bekerja sebagai tukang cuci di Singapura.

“Salah seorangnya yang berusia 23 tahun bertindak sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli senjata api serta rakan sekerjanya berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan”, katanya.

Tambah Mohamad Fuzi, dalam operasi di Sabah pada 15 Mac lalu, polis berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Filipina berusia 31 tahun yang juga anggota kumpulan Abu Sayyaf.

“Suspek merupakan anggota kanan kepada Furuji Indama iaitu ketua kumpulan Abu Sayyaf Group di Basilan Selatan dan pakar menghasilkan bahan letupan IED.

“Suspek mempunyai hubungan dengan Dr Mahmud Ahmad iaitu rakyat Malaysia yang menyertai Daesh di selatan Filipina dan disenarai sebagai orang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana terbabit kes Penculikan Untuk Wang Tebusan (KFR) selain beberapa siri cubaan bunuh.

“Suspek juga merancang untuk melancarkan serangan di Sabah serta menjadikan Sabah sebagai lokasi persembunyian atau Safe Haven bagi pengganas dari Filipina”, katanya.

Sementara itu, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66