ROGOL 2 REMAJA OKU – TUKANG KEBUN DIPENJARA 80 TAHUN & 18 SEBATAN [23 MAC 2018]

Seorang tukang kebun dikenakan hukum penjara 80 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan merogol dua remaja kurang upaya, OKU di Bau yang dilaporkan berlaku sejak 2016. Hakim Mahkamah Seksyen, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan daripada 6 pertuduhan yang dibacakan.

Dalam sesi pertuduhan di Mahkamah Kuching, tertuduh Motis Juwel, 56 tahun mengaku bersalah atas ke semua pertuduhan. Dayang Ellyn turut memerintahkan mahkamah untuk mengeluarkan satu arahan bertulis kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberi khidmat kaunseling kepada dua mangsa berkenaan. Hukuman dikenakan setimpal dengan tertuduh kerana sengaja mengambil kesempatan terhadap pelajar sekolah dan OKU yang sepatutnya dilindungi.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66