Tun Dr Mahathir Ajak Najib Razak Berdebat Untuk Kali Ke Tiga.

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak Perdana Menteri, Najib Razak berdebat dan menyatakan bahawa beliau tidak perlu takut kerana pelawaan berdebat berkenaan dilakukan oleh seorang yang sudah tua.

“Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut pada saya.

“Beliau masih muda, apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, jika Najib Razak tiada apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat, beliau harus menyatakannya secara terbuka semasa debat itu nanti.

“Orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh beliau serta rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

“Saya sedar diri saya sudah tua tetapi sebelum meninggal dunia saya akan tetap berjuang menyelamatkan negara ini daripada rosak dan menyerahkannta kepada ketentuan Allah.

“Ya, saya sedar saya akan pergi tak lama lagi, tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara,” katanya.

Tun Dr Mahathir juga berkata, beliau tidak kisah jika Najib mahu datang bersama pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda atau pakar-pakar daripada luar negara termasuk Cambridge Analytica “untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab”.

Tambah Tun Dr Mahathir, beliau hanya akan hadir pada debat itu seorang diri dan bersedia juga menjawab apa saja pertanyaan tentang rekodnya selama 22 tahun jadi perdana menteri.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan, Najib Razak takut untuk berdebat dengannya kerana majlis sama yang dianjurkan dua kali sebelum ini juga perdana menteri itu tidak datang.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com