PEMANDU LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH : KES MAUT 4 BERANAK [22MAC2018]

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabkan kematian empat warga Singapura dalam kemalangan jalan raya pada 3 Januari lalu di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Mani Periathambi, 54 tahun, melakukan kesalahan itu di lampu isyarat Jalan Sepang-Lukut kira-kira pukul 2.30 petang.

Kemalangan tersebut menyebabkan kematian sepasang suami isteri Rosli Samad, 54 tahun dan Maimunah Sapari, 51 tahun serta dua anak mereka Nur Amalina Rosli, 21 tahun dan Dayana Sarah Rosli , 19 tahun.

Dia dituduh di bawah Seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Kurungan Akta 333.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com