@MahfuzOmar Gesa @PDRMsia Tahan @MenteriBesarN9

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Parti Kerajaan, Barisan Nasional (BN) perlu dihalang daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang kerana sudah mencabuli proses demokrasi di negara ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti berkenaan perlu dihalang kerana akan bertindak ganas pada PRU 14 dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan yang baru-baru ini berucap dalam satu majlis disifatkan sebagai mencabul proses demokrasi yang murni di negara ini.

“Ucapan beliau dilihat sebagai langkah dan cubaan untuk menakutkan atau ancaman terhadap orang ramai dengan tindakan ganas yang dilakukan oleh BN.

“BN sudah membawa elemen-elemen negatif berkenaan pada setiap kali pilihan raya dengan kumpulan khas parti itu bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya pembangkang, katanya.

Menurut beliau, pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap Menteri Besar berkenaan kerana beliau sudah menzahirkan untuk melindungi dan memberi jaminan terhadap pemuda-pemuda BN berkenaan.

“Tindakan berkenaan adalah berbahaya dan dalam masa yang sama beliau memberi galakkan kepada kumpulan pemuda BN untuk bertindak melampaui amalan demokrasi.

“Jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pertubuhan parti berkenaan kerana sudah bertindak bertentangan dengan amalan demokrasi di Malaysia, katanya.

 

(Visited 11 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66