PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

KAPAL KOREK PASIR TERBALIK – @MaritimMalaysia

BATU PAHAT , 21 Mac – Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat telah menerima satu panggilan pada jam 8.50 pagi memaklumkan sebuah kapal korek pasir JBB RONG CHANG 8 telah terbalik di perairan Parit Jawa Muar. Dikuathiri 15 orang krew telah hilang semasa kapal tersebut terbalik.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat , Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah “ Dua buah bot ronda milik Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut. Pihak Kami juga telah menerima maklumat bahawa 2 orang mangsa telah ditemui selamat dan seorang lagi dijumpai lemas. Sehingga sekarang usha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan”.

Zulkarnain juga menyeru agar masyarakat sentiasa berhati-hati ketika menjalankan segala aktiviti dilaut. Sekiranya terdapat sebarang kecemaasan boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat ditalian 074344020 atau talian kecemasan 999.

Berikut adalah maklumat yang terbaru kami terima
Jumlah mangsa nahas : 18 orang
Ditemui selamat : 3 orang (2 di Hospital 1 di lokasi kejadian)
Ditemui Mati : 1 orang
Masih Hilang : 14 orang
Warganegara mangsa yang terlibat
China : 16 Orang (3 selamat 1 meninggal dunia 12 masih hilang)
Indonesia : 1 Orang (masih hilang)
Malaysia : 1 Orang (masih hilang)

 

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66