RM 3.26 Juta Peruntukkan Kerajaan Negeri Untuk Nelayan Negeri Johor – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU 19 Mac – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM3.26 juta bagi bayaran sagu hati kepada seramai 1,814 penerima daripada golongan nelayan dan penternak di Johor untuk tahun 2018 khasnya.

Menteri Besar, Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam jumlah berkenaan seramai 278 orang nelayan di kawasan Pasir Gudang hari ini menerima bayaran sagu hati berjumlah RM2,000.

“Untuk nelayan dan penternak yang layak menerima pembayaran saguhati berkenaan akan diberikan secara berperingkat mengikut beberapa kawasan parlimen.

“Bagi Parlimen Tebrau dan Johor Bahru seramai 326 orang, Parlimen Tanjung Piai dan Pontian seramai 654 orang manakala Parlimen Gelang Patah dan Pulai seramai 558 orang nelayan dan penternak akan menerima pembayaran saguhati berkenaan, katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Bayaran Saguhati Nelayan Johor Selatan di Kampung Pasir Gudang Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, nelayan dan penternak yang layak berkenaan sudah disenarai pendek dan menepati kriteria yang sudah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Kerajaan Negeri Johor sentiasa berusaha untuk memastikan nasib masyarakat nelayan di negeri ini terjamin, diberi pembelaan serta seiring dengan kepesatan pembangunan yang rancak dijalankan di Johor, katanya.

(Visited 19 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.