Shahrizat Tolak Pelawaan Bertanding Di Parlimen Sungai Besar Pada PRU 14 – @ShahrizatJalil

IPOH, 18 Mac – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak pelawaan untuk beliau bertanding di Parlimen Sungai Besar, Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana sudah bersungguh dan ikhlas membuat tawaran berkenaan kepadanya.

“Saya terpaksa menolaknya kerana berpendapat masih ada calon tempatan yang hebat dan berpengaruh yang mampu mendapat sokongan pengundi yang perlu diketengahkan sebagai calon.

“Saya juga sudah bincang dan memaklumkan perkara ini kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak serta Datuk Seri Jamal Md Yunus.

“Saya dan jentera Wanita khususnya akan tetap turun padang ke Sungai Besar untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) nanti untuk menentukan kemenangan BN di semua Dewan Undangan Negeri (DUN)dan Parlimen Sungai Besar, katanya ketika sidang media Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66