Sepak Takraw Jadi Sukan Teras Negeri Johor – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Kerajaan Negeri Johor mahu sukan sepak takraw menjadi sukan teras bagi negeri ini sekali gus memelihara sukan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat melayu.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu Negeri Johor perlu menjadi pusat tamadun melayu seiring dengan sukan tradisi sepak takraw yang seharusnya dipelihara.

“Jadi di sini lah peranan yang boleh dimainkan oleh pihak persatuan bekerjasama dengan yayasan warisan Johor supaya dipastikan sukan sepak takraw menjadi sebahagian usaha-usaha yang diberi tumpuan untuk mencapai matlamat berkenaan.



“Kerajaan Negeri Johor juga menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan sepak takraw negeri bahawa kejohanan seperti ini adalah medium untuk kita mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi yang boleh dilahirkan daripada negeri Johor, katanya.

Menurut beliau, kejohanan seperti itu boleh menjadi medium bagi kita mencapai pelbagai matlamat seperti mencungkil bakat dalam mencari jaguh-jaguh dalam sukan sepak takraw yang datang dari negeri Johor.

“Sukan bukan lah semata-mata untuk mengisi masa lapang, tetapi bidang sukan juga merupakan medium yang kita bangunkan sebagai salah satu sektor ekonomi di mana bidang sukan yang kita anjurkan ianya boleh meningkatkan kedatangan dan tarikan pelancong.

“Lebih-lebih lagi pada tahun 2020, Negeri Johor akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) dan pastinya sukan sepak takraw menjadi salah satu sukan yang akan dipertandingkan, katanya.




Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 27 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.