Kerajaan Negeri Johor Peruntuk RM2.1 Juta Bina Pasar Muafakat [email protected] – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM2.1 juta bagi menyiapkan pembinaan Pasar Muafakat Sabah di Johor untuk masyakarat Sabah yang menetap di negeri ini khususnya mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pasar berkenaan boleh menempatkan 40 peniaga yang diberikan kepada masyarakat Sabah dan bertujuan memastikan peniaga Sabah yang berniaga secara berselerak dapat diletakkan dalam satu kawasan selesa.

“Usaha yang dilakukan ini adalah kerana Kerajaan Negeri Johor mengamalkan pendekatan untuk menerima sesiapa sahaja di Johor untuk bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Johor.

“Kita juga pastikan mereka mendapat manfaat pembangunan dan kemajuan Johor dan selari dengan pendekatan inklusif yang kita mahu bawa serta dapat memastikan semua peringkat dapat manfaat termasuk orang Sabah di Johor”, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pasar Muafakat [email protected] di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebahagian masyarakat Sabah di Johor sudah lama menetap di Johor dan kini mereka memenuhi pekerjaan yang ditawarkan di negeri Johor dan pihaknya serius memastikan seluruh masyarakat Johor meraikan kepelbagaian di negeri ini.

“Kita mahu mereka terus bersama memajukan dan menjayakan Johor sebagai sebahagian Team Johor. Jadi, ini adalah lambang, pengiktirafan dan harapan kita kepada orang Sabah di Johor”, katanya.

(Visited 23 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.