Segelintir Peniaga Sabotaj Kerajaan Untuk Raih Untung Lebih – @menteribesarn9

SEREMBAN, 15 Mac – Antara punca harga barangan termasuk barangan keperluan asas yang semakin meningkat ketika ini adalah tindakan sesetengah peniaga yang sengaja menaikkannya demi meraih keuntungan berlebihan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peniaga mengaburi perhatian pengguna dengan menyatakan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kenaikan harga barangan.

“Terdapat beberapa isu nasional yang sengaja ditokok tambah dan zemua harga barang dikatakan mahal disebabkan GST. Malah, GST adalah satu sistem cukai yang baik dan digunakan oleh lebih 160 buah negara berbanding dengan sistem cukai lama yang banyak ketirisan dan mudah dimanipulasi orang.

“Atas sebab berkenaan peniaga marah dan mereka sengaja mensabotaj kerajaan dengan cara berkenaan dan saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa peniaga telah mensabotaj kerajaan, katanya.

Menurut beliau, Malaysia sudah menguatkuasakan GST, cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan, pada kadar 6 peratus sejak 1 April 2015.

“Ia menggantikan kadar 5 hingga 10 peratus Cukai Jualan dan 6 peratus Cukai Perkhidmatan (SST), sistem percukaian yang selama ini dilaksanakan di negara ini dan sebanyak 164 buah negara termasuk tujuh negara anggota ASEAN melaksanakan sistem percukaian seumpama GST.

“Malaysia juga merupakan antara negara di dunia yang mengenakan kadar GST terendah selain daripada Bahrain, Kanada, Myanmar, Nigeria, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kesemuanya pada kadar 5 peratus manakala negara jiran Singapura dan Thailand masing-masing 7 peratus, Indonesia 10 peratus manakala Jepun pada kadar 8 peratus, katanya.

Mohamad berkata, GST merupakan satu sistem percukaian yang baik dan telus namun perlu penambahbaikan di peringkat penguatkuasaan.

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66