SAMUN BERSENJATA – PENGANGGUR DITAHAN [16 MAC 2018]

Seorang lelaki ditahan polis di Bandar Segamat, Johor, 12.15 pagi semalam kerana melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam, 12 Mac lalu. Suspek merupakan seorang penganggur berusia 24 tahun. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, ketika kejadian, suspek masuk ke kedai dengan memakai topi keledar warna hitam dan menutup mulut dengan kain. Suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang panjang berukuran 42 sentimeter sebelum mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan kesemua wang berjumlah 84 ringgit dari mesin juruwang. Suspek juga mengambil rokok pelbagai jenama di rak belakang kaunter. Turut dilarikan, wang tunai 30 ringgit dari mesin layan diri. Selain tangkapan, polis turut merampas 40 kotak rokok pelbagai jenama, sebuah helmet, sebilah parang dan sebuah motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

(Visited 84 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.