Pangkalan Udara Sendayan Jadi Pangkalan Terbaru TUDM – @HishammuddinH2O

SEREMBAN, 16 Mac – Pangkalan Udara (PU) Sendayan menjadi pangkalan udara terbaru bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan merupakan salah satu daripada lapan lokasi penempatan semula PU Kuala Lumpur.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, beliau turut mengiringi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dalam lawatan kerja kali ke 2 ke PU Sendayan dan merasmikan pangkalan berkenaan.

“Pengoperasian Fasa 1 PU Sendayan telah bermula pada 2 Januari 2018 manakala Fasa 2 bermula pada 12 Mac 2018 yang lalu.

“Fasa 1, Tim Pendahulu seramai empat pegawai dan 50 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah ditempatkan, manakala Fasa 2 bagi Tim Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) seramai 96 orang termasuk empat warga awam telah ditempatkan di PU berkenaan.

“Seramai 48 keluarga juga sudah mula mendiami sebahagian 693 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang dibina di kawasan seluas 750 ekar di PU Sendayan, katanya.

Menurut beliau, PU Sendayan bukan sahaja memiliki fasiliti ketenteraan, malah RKAT, Bangunan Pentadbiran, Pusat Rekreasi, Pusat Islam, Pusat Latihan, Pusat Pergigian, Markas Pendidikan, Rumah Sakit, Kemudahan Equestrian dan Kompleks Sukan.

“PU Sendayan bakal menjadi pusat latihan terbesar dan utama TUDM dan beberapa pusat latihan tentera udara di seluruh negara akan berpusat di sini bermula Januari 2018.

“Pembukaan PU Sendayan adalah tepat pada masanya kerana ianya dapat memperkukuh kesiapsiagaan TUDM dalam memenuhi keperluan serta cabaran masa kini berbanding PU Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa kerajaan melalui MINDEF dan ATM sentiasa komited memastikan anggota keluarga mereka sentiasa terbela sejajar dengan perancangan di bawah teras kebajikan.

“Selain PU Sendayan, MINDEF turut sedang merancang pembinaan kem-kem baharu dan menaik taraf kem yang sedia ada di seluruh negara, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau, hari ini.

 

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66