SULTAN JOHOR AMPUNKAN NAZRI AZIZ, TIDAK MAHU KEMELUT BERPANJANGAN

SULTAN JOHOR AMPUNKAN NAZRI AZIZ, TIDAK MAHU KEMELUT BERPANJANGAN

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap dan mengampuni Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz yang sebelum ini mengaitkan Baginda dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta Istana Johor dalam isu politik.

“Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.

“Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga sudah ampunkan,” titah Baginda kepada Royal Press Office.

Dalam pertemuan selama hampir sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (15 Mac) bersama Tunku Ismail, Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda amat mementingkan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negeri Johor melalui perpaduan serta pengukuhan muafakat Bangsa Johor.

Tuanku Sultan Ibrahim turut bertitah memberi amaran keras kepada segelintir pihak supaya tidak memanjangkan lagi isu ini kerana dianggap sudah selesai.

“Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini,” titah Baginda.

Pada 2015, Sultan Ibrahim pernah memberi amaran keras kepada Nazri supaya tidak campur urusan Istana atau membuat kenyataan yang mengaitkan Institusi DiRaja Johor.

#sultanjohor
#royalpressoffice




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 

(Visited 62 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com