Pangkalan Udara Kuala Lumpur Pindah Ke Pangkalan Udara Sendayan.

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Buat julung kali Perbarisan Perpindahan Permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah diadakan di Markas Pangkalan Udara Kuala Lumpur sekali gus melakar sejarah sebagai Pangkalan Udara pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bakal berpindah ke Pangkalan Udara Sendayan.

Perbarisan berkenaan terdiri daripada 15 orang pegawai dan 205 orang anggota berlainan pangkat yang diketuai Leftenan Kolonel Baharin Mohamad  TUDM selaku Ketua Perbarisan.

Upacara Penyerahan Bendera Pangakal Udara Sendayan kepada Komander Pangakalan Udara Sendayan iaitu Kolonel Mohamad Noh Daim TUDM merupakan simbolik perpindahan permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affebdu Buang TUDM dan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohammed Affandi Raja Mohammed Noor.



Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Sri Ackbal Abdul Samad TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM.

Pengkalan Udara Kuala Lumpur di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi adalah Pangkalan Udara Pertama Tentera Udara Diraja British (Royal Air Force) di Tanah Melayu yang mula beroperasi pada 1 Jun 1941.

Manakala, Tentera Udara Diraja Persekutuan pula telah ditubuhkan dan beroperasi pada 2 Jun 1958 yang bertujuan bagi memudahkan operasi ‘Royal Air Force’ dalam mempertahankan Tanah Melayu serta menjadi pusat perhubungan  Royal Air Force dengan Pangkalan Selatan Singapura.

Pada 25 Oktober 1960, Kerajaan British secara rasminya telah menyerahkan pangkalan berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Persekutuan dan kemudiannya dikenali sebagai TUDM.

Oleh kerana pembangunan dan perubahan kawasan sekitar pangakalan yang begitu pesat membangun, peranan Pangkalan Udara Kuala Lumpur juha turut berubah dan sebagai komitmen kerajaan, pangkalan berkenaan perlu dipindahkan di kawasan yang lebih strategik sejajar dengan Pelan Tranformasi Air Force Next Generation TUDM yang sedang dilaksanakan.

 

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.