Polis Sangkal Video Tular Dakwa Wanita Dilarang Masuk Ke Balai – @PDRMsia

Review

Reader Rating: (0 vote) 0

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis terutamanya mengenai dua buah video yang tular bahawa seorang wanita yang mendakwa polis tidak menghulurkan bantuan terhadapnya pada isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pada hari kejadian, kira-kira jam 11.00 malam, wanita berkenaan sedang memandu di Persiaran Alam Damai dan didatangi oleh sebuah kereta jenis BMW yang telah membunyikan hon beberapa kali terhadapnya dan membuka tingkap menjerit ke arah pengadu.

“Pengadu yang bimbang dengan keselamatan diri lalu menghubungi talian 999 ketika memandu ke balai polis dan ketika perjalanan ke Balai Polis Alam Damai, pengadu telah membunyikan hon panjang beberapa kali untuk mendapatkan perhatian anggota polis bertugas.



“Ketika pengadu tiba di depan Post Kawalan Balai Polis Alam Damai, telah berlaku salah faham yang mengakibatkan pengadu merasakan dirinya tidak dibenarkan masuk ke kawasan balai polis oleh anggota yang bertugas, katanya.

Menurut beliau, tidak lama kemudian, kenderaan yang mengekori pengadu turut datang ke balai polis terbabit dan maklumkan kepada anggota bertugas bahawa pengadu nyaris melanggar kereta mereka.

“Difahamkan pengadu berasa tidak puas hati terhadap tindakan anggota polis balai polis terbabit yang enggan membenarkannya masuk ke dalam kawasan balai.

“Dalam tempoh berkenaan, pihak balai telah membenarkan pengadu masuk ke kawasan balai polis serta menasihati beliau untuk membuat laporan polis, katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pengadu menyatakan rasa tidak puas hati kerana anggota polis tidak membenarkan dia masuk ke kawasan balai polis ketika dalam keadaan trauma dan ketakutan kerana diekori oleh kenderaan yang dirasakan mengancam keselamatan dirinya.

“Pihak polis memahami bahawa wanita berkenaan dalam keadaan distress dan cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu wanita berkenaan tetapi dia telah beredar dari perkarangan balai.

“Sewajarnya wanita berkenaan tidak perlu berasa tidak selamat kerana dia telah berada dalam kawasan balai polis dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui kedudukan sebenar, katanya.

Sementara itu, pihak polis sudah membuat tangkapan yang membabitkan 3 lelaki yang berumur lingkungan 18 tahun untuk siasatan di bawah undang-undang yang diperuntukkan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

(Visited 81 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.