Kapal Equanimity Tiada Kaitan Dengan 1MDB – @PDRMsia

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa rampasan kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jho di Bali, Indonesia itu tiada kaitan dengan siasatan yang dijalankan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, rampasan berkenaan adalah satu tindakan pelucuthakan sivil di mahkamah di Amerika Syarikat terhadap individu yang bernama Low Taek Jho itu sahaja dan bukannya terhadap syarikat pelaburan strategik itu.

“Daripada penyiasatan polis berdasarkan dapatan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016, Low Taek Jho tidak pernah bekerja di syarikat 1MDB.



“Tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat 1MDB”, katanya dalam satu kenyataan rasmi, semalam.

Menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat berhubung rampasan kapal itu pada 28 Februari tempoh hari.

“Sekiranya pihak polis memperoleh sebarang keterangan baharu terhadap Jho Low, tindakan sewajarnya menurut undang-undang akan diambil terhadap individu berkenaan,katanya

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>
<ins class=”adsbygoogle” style=”display: block; text-align: center;” data-ad-layout=”in-article” data-ad-format=”fluid” data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″ data-ad-slot=”6369391757″></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 26 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.