Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan sedang mempertimbangkan cadangan supaya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diberi tanggungjawab lebih besar termasuk perkara berkaitan perdagangan dalam negeri. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tindakan itu perlu bagi meningkatkan tahap efisiensi agensi itu dalam melaksana dan menguatkuasa peruntukan dibawah Akta Persaingan 2010.