BUNUH – KEHILANGAN TELEFON BIMBIT MOTIF UTAMA [7 MAC 2018]

Kehilangan telefon bimbit dipercayai motif utama kes pembunuhan seorang individu di sebuah motel di Taman Bandar Baru, Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, 4 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abd Hamid mengesahkan, hasil siasatan yang dijalankan, telefon bimbit milik salah seorang suspek yang ditahan didakwa hilang dan dikaitkan dengan mangsa. Dalam kejadian Ahad lalu, seorang lelaki berusia 53 tahun mati dengan kesan luka di dahi, rusuk kanan dan belakang badan dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam. Susulan itu, dua suspek berusia 20-an yang turut mendaftar masuk di motel sama bersama mangsa pada hari kejadian, ditahan. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Mac ini bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




(Visited 27 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.