PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

SULTAN JOHOR MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN CHAP GOH MEI

Sambutan hari terakhir Tahun Baharu Cina 2018 berlangsung meriah di Johor dengan keberangkatan DYMM Sultan Johor ke Majlis Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings (IWH) di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru hari ini (2 Mac).

Mengenakan kemeja putih dengan tertera tulisan Cina “Ji” yang bermaksud “bertuah”, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada jam 11 pagi disambut dengan tarian singa dan naga serta paluan gendang tradisional masyarakat Cina.

Baginda disambut oleh Naib Pengerusi Eksekutif IWH, Tan Sri Lim Kang Hoo bersama Exco Johor Datuk Tee Siew Kiong, sebelum menggaul Yee Sang bersama tetamu kenamaan yang lain.

Ini merupakan majlis ketiga dihadiri Baginda sejak bermulanya sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada majlis itu, Tuanku Sultan Ibrahim turut menyampaikan ang pau kepada warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).

Lebih 1,000 tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, selain paluan 24 gendang dan muzik tradisional Cina.

Pada 8 Mac nanti, Baginda akan berangkat menyaksikan festival perarakan Chingay yang merupakan acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66