“Junjung titah Sultan Johor” – Arshad Raji

Kuala Lumpur, 2 Mac – Presiden Persatuan Patriot, Brigadier Jeneral (B) Dato Arshad Raji menyuarakan pendapat bahawa titah Sultan Johor yang dibuat pada 26 Februari lalu wajar diambil perhatian oleh semua pihak dan bertepatan dengan waktunya.

Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa pertemuan 1 jam bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan mengingatkan bahawa penjawat awam untuk tidak bermain politik.




Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden Patriot, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Arshad berpendapat, titah tersebut sewajarnya didalami oleh kesemua penjawat awam di seluruh negara. Beliau menegaskan, penjawat awam mengakat sumpah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa pemimpin politik akan bertukar pada setiap pilihan raya tetapi penjawat awam masih lagi kekal menjalankan tugas-tugas di jabatan mereka.

Dato’ Arshad Raji turut mengesa anggota tentera dan polis yang masih berkhidmat untuk mengambil perhatian akan titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Pada masa yang sama, beliau turut meminta anggota yang masih berkhidmat untuk terus setia kepada Raja dan Negara.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.