BERDEPAN 10 TUDUHAN TERIMA RASUAH – BEKAS PEGAWAI BANK MENGAKU TIDAK BERSALAH [28 FEB 2018]

Seorang bekas pegawai bank berdepan 10 tuduhan menerima rasuah dan terbabit kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih 200 ribu ringgit.

Bagaimanapun, Lai Chin Siang, 33 tahun membuat pengakuan tidak salah, selepas kesemua tuduhan dibacakan dihadapan hakim, Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen Johor Bharu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan menerima rasuah berjumlah 290 ribu 400 ringgit daripada Tee Wee Sing melalui pemindahan wang dalam talian ke akaunnya sebagai upah membantu meluluskan pinjaman atas jualan kilang berjumlah lebih 15 juta ringgit.

Kesalahan dilakukan di sebuah bank cawangan di Batu Pahat, 10 April 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Manakala sembilan pertuduhan lagi, tertuduh didakwa terlibat kegiatan pengubahan wang haram iaitu dengan memindahkan sejumlah wang rasuah ke dalam akaun enam individu serta akaun miliknya.

Kesalahan dibuat di cawangan sama, antara 15 April hingga 18 Mei 2015.

Pendakwaan dibuat dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram , pencegahan Pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram, AMLA, 2001 (Akta 613).

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66