Ulisses Morais Letak Jawatan Ketua Jurulatih Pasukan JDT

Ulisses Morais Letak Jawatan Ketua Jurulatih Pasukan JDT :

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Ketua Jurulatih Pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Ulisses Morais semalam membuat kejutan apabila mengumumkan untuk menarik diri dan meletak jawatan sebagai pengendali pasukan berkenaan.

Dalam satu kenyataan melalui akaun rasmi Facebook kelab JDT, Johor Southern Tigers (JST), beliau menjelaskan faktor kesihatan keluarga menjadi punca terpaksa meninggalkan skuad Harimau Selatan itu.

“Terima kasih kepada semua kakitangan, pemain dan seluruh struktur sepanjang sembilan bulan kami menghabiskan bersama dengan begitu banyak pencapaian dan kejuaraan yang dicapai.

“Kepada pembantu jurulatih setia saya, Rui Rodrigues yang menemani saya selama ini, terima kasih. Bersama anda, tugas di sini menjadi lebih mudah.

“Kepada para penyokong, terima kasih diatas sokongan, ambil berat dan penghormatan yang sentiasa diberikan setiap hari. Perlawanan demi perlawanan menjadikan kami terbaik di dalam setiap perlawanan,” katanya.

Menurut beliau, dia mengakui sedih terpaksa meninggalkan JDT dan menganggap dirinya akan terus kekal dalam sejarah JDT dan kelab itu akan sentiasa berada di dalam hatinya.

Malah, beliau turut memuji sikap kepemimpinan yang tinggi dimiliki Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi pemacu penting kepada kejayaan JDT.

“Kepada nadi utama dan jantung utama kelab hebat ini, Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail), seorang lelaki muda yang tidak dapat dinafikan bakat, kepintaran dan kepimpinan yang dimiliki serta dilahirkan sebagai juara.

“Saya berkongsi pendapat dengan beliau berjam-jam dalam satu hari, sama ada di rumahnya atau di kelab di mana beliau selalu melayan saya dengan penuh penghormatan, pendidikan dan persahabatan, memenuhi semua keperluan untuk berjaya sehingga saat terakhir saya di sini, katanya.

Morais berkata, Baginda adalah seorang yang berwawasan dan apa yang difikirkan, tidak lama selepas itu ia akan berlaku. Menerusi rasa hormat yang tinggi terhadap penyokong dan masyarakat Johor, menjadikan TMJ adalah yang terbaik.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66