SULTAN JOHOR MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA PARLIMEN PULAI

In this video


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum berkenan menyertai lebih 5,000 rakyat jelata memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pulai sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Tampoi, Johor Bahru hari ini (25 Feb).

Mengenakan baju bertemakan burung merak, Baginda berangkat tiba ke majlis itu pada jam 3 petang dengan diringi paluan 24 gendang, tarian singa dan tarian naga.

Tuanku Sultan Ibrahim disambut Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Hj Azmi Hj Rohani.



Hadir sama, Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Hj Adib Azhari Daud dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Tuanku Sultan Ibrahim bersama tetamu kenamaan yang hadir bersama-sama menggaul hidangan Yee Sang yang merupakan aktiviti tradisi semasa sambutan perayaan itu, selain disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan tradisional dan moden.

Selain menikmati beraneka makanan tradisi masyarakat Cina, tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan muzik tradisional.

Baginda turut berkenan menyampaikan angpau kepada golongan orang kelainan upaya dan warga emas yang hadir.

#sultanjohor
#royalpressoffice








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.