PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Namawee Ditahan Pihak Polis – @PDRMsia

Namawee Ditahan Pihak Polis :

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Seorang Pengarah Muzik, Wee Meng Chee, 34, atau lebih dikenali Namawee yang dilapor memuat naik klip video bertajuk ‘Like A Dog’ baru-baru ini, ditahan pihak polis ketika memberi keterangan di Bukit Aman, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, empat laporan polis telah diterima mengenai klip video berunsur hinaan yang dimuat naik Namewee.

“Pihak polis menerima empat laporan tentang klip video yang didakwa berunsur hinaan terhadap agama dan boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum.

“Namewee ditahan kira-kira jam 2.45 petang dan ditahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya dalam satu kenyataan semalam.

(Visited 22 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66