PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Namewee tampil di Bukit Aman

Penyanyi rap Namewee yang dikehendaki polis hari ini tampil memberi keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Dalam status di Facebooknya, Namewee berkata dia tidak gentar kerana negara mempunyai keadilan.

Malah, dia juga menulis tidak akan tunduk pada pihak media.

Susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog’ menjadi viral di media sosial, Namewee didakwa menggores perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Namewee disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video itu memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

(Visited 11 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66