MAAC – SAMBUT BAIK PENGENALAN PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN [22 FEB 2018]

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyambut baik pengenalan persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK) seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata sekiranya dilaksanakan ia dilihat mampu menjaga kebajikan bakal pesara.

Ini kerana mereka menerima faedah persaraan seolah-olah masih berkhidmat hingga umur persaraan wajib mengikut formula yang munasabah.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sr Zainal yang berkata bakal pesara ASK dengan faedah persaraan yang lebih baik akan diperkenalkan mulai April ini bagi penjawat awam yang bersara awal kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan akibat kelemahan akal atau tubuh.

Mereka yang dibersarakan awal atas sebab kesihatan antaranya kerana kemalangan jalan raya dan gangguan psikologi selepas disahkan Lembaga Perubatan.

(Visited 11 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66