@MaritimMalaysia Anjur Hari Terbuka Kapal Maritim

APMM Anjur Hari Terbuka Kapal Maritim 25 Februari 2018.

JOHOR BAHRU, 21 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Selatan akan mengadakan Hari Terbuka Kapal Maritim sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13, pada hari ahad 25 Februari 2018 dari jam 10 pagi hingga 5 petang di Jeti APMM Sungai Pulai, Gelang Patah.

Pengarah Maritim Wilayah, Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris berkata program berkenaan diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang awam dan komuniti maritim untuk mengenali dengan lebih dekat tugas dan peranan Maritim Malaysia, selain mengeratkan silaturahim.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan program antaranya lawatan ke kapal terbuka, pertunjukan aset udara milik Maritim Malaysia dan Unit Tindakan Khas (UTK) Maritim Malaysia, Pameran Kerjaya dan Senjata, Hari Bertemu Pelanggan dan Program Sahabat Maritim Malaysia.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66