KEBAKARAN ENAM RUMAH – 17 SEKELUARGA SELAMAT [21 FEB 2018]

44 orang daripada 17 keluarga terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan 6 rumah
di Jalan Imam , Kampung Melayu Pandan, Johor, kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Kesemua rumah berkenaan mempunyai bilik-bilik berasingan musnah.

Sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 6.54 petang, 20 pegawai dan anggota dari tiga balai bomba dan penyelamat ,BBP iaitu BBP Tebrau , BBP Johor Bahru dan BBP Johor Jaya ke lokasi insiden.



Menurut Komander Operasi yang juga Ketua Balai BBP Tebrau, Saiful Bahri Safar, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan kira-kira 8.25 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan .

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kesemua penduduk terjejas kini, ditempatkan di Dewan Kampung Melayu Pandan.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.