PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Dakwaan Patriot Kononnya PLKN Macam Kem Percutian

Dakwaan Patriot Kononnya PLKN Macam Kem Percutian.

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menafikan berita yang disiarkan di Malaysiakini dan Free Malaysia Today yang bertajuk “PLKN Macam Kem Percutian, Kata PATRIOT ” pada khamis lalu.

Menurut satu kenyataan daripada Bahagian Komunikasi Korporat JLKN, menyatakan bahawa pihaknya telah mengadakan Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama lima minggu pada tahun 2015. 

“Pelaksanaan makmal berkenaan adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak ketika ucapan Bajet 2015 yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk ‘mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baharu yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan’.

“Makmal berkenaan diwujudkan bagi mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin dilaksanakan terhadap PLKN dan bermatlamat menghasilkan satu revolusi yang seterusnya dibentuk menjadi “blueprint” bagi menjayakan transformasi PLKN, katanya.

Sementara itu, pihak PLKN mengambil maklum terhadap isu yang tersebar di Malaysiakini.com dan Free Malaysia Today secara online bertajuk “PLKN macam kem percutian, kata PATRIOT” dan berpandangan perkara berkenaan adalah tidak tepat berbanding keadaan sebenarnya.

(Visited 26 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66