BERITA PALSU – CADANGAN WUJUDKAN UNDANG-UNDANG BAHARU PERLU DISEGERAKAN [20 FEB 2018]

Cadangan menubuhkan undang-undang baharu bagi membendung berita palsu di negara ini WAJAR disegerakan bagi menangkis ancaman subversif dan ekstremis.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki penularan berita palsu merupakan ancaman global SERIUS yang dihadapi oleh semua negara antarabangsa.

Jelasnya, berita palsu yang tidak berintegriti boleh menjejaskan sistem demokrasi, malah mencetuskan sentimen kemarahan, kebencian dan ketegangan antara negara-negara di dunia.

Meski demokrasi dan kebebasan bersuara adalah hak individu, namun katanya ia perlu dilindungi demi kepentingan sejagat, selaras dengan prinsip Islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan.

Dato’ Dr, Asyraf Wajdi mengulas perkara itu selepas merasmikan seminar Maqasid Al-Syari’ah dan Perubahan Iklim di ibu negara.

Media sebelum ini melaporkan draf undang-undang baharu bagi membendung berita palsu sudah siap dirangka, dan kerajaan juga berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada persidangan Mac depan.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.