Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC 2018).

Rekod The Pocket Rocket Man negara; Azizul Hasni Awang terpaksa akur hanya mampu menghadiahkan pingat perak buat negara selepas tewas kepada jaguh Jepun, Kazunari Watanabe dalam acara final pecut lelaki elit.

Pingat gangsa bagi acara ini pula milik pelumba Korea, IM Chaebin.



Azizul nyata sedikit hampa dengan keputusan ini namun tetap bersemangat untuk kembali fokus pada Kejohanan Dunia dan Sukan Komanwel April depan.

Walaupun hanya pingat perak, Azizul 30 tahun sebelum ini berjaya memecahkan rekod individu, negara, dan Asia pada pusingan kelayakan memadamkan rekod pelumba Jepun, Nitta Yudai 9.843 saat dengan melakukan catatan 9.774 saat.








Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 29 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.