Syabas @MP_PasirGudang, Capai Kutipan Hasil Paling Tinggi – @JaisSarday

PASIR GUDANG, 19 Feb – Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mencapai prestasi kutipan hasil paling tinggi selaras dengan kedudukan sebagai sebahagian daripada bandar Johor Bahru selain terletak di kawasan industri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, beliau mengucapkan syabas kepada warga kerja MPPG kerana sentiasa aktif bagi menjayakan pelbagai pengurusan dalam bentuk digital seperti pengurusan tender yang tidak menggunakan kaedah manual dan sistem parking digital.

“Ini adalah bertujuan untuk mempermudahkan serta mempercepatkan urusan masyarakat tempatan serta saya amat menggalakkan warga kerja PBT untuk menimba ilmu pengetahuan dengan menyertai pelbagai forum mahupun seminar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Untuk menguruskan sistem canggih, kita perlukan kemahiran terkini supaya ia senada dengan teknologi yang kita bangunkan, katanya.

Menurut beliau, bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang pihak MPPG diminta untuk sentiasa peka dengan keperluan perkhidmatan yang telah sediakan.

“Saya turut mencadangkan kepada MPPG, selepas ini apabila membangunkan kawasan perumahan, binalah parit yang tertutup supaya masyarakat tidak boleh buang sampah, tidak menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes, malah selaras dengan hasrat kerajaan negeri, untuk menjadi Johor yang bersih dan lestari.

“Saya juga berkesempatan meninjau UTC, Pasir Gudang yang telah beroperasi sejak awal Januari 2018. UTC ini merupakan UTC yang ke-21 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 42,000 orang penduduk, katanya.

(Visited 23 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.