Laluan basikal sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka sehingga ke Midvalley, Bangsar di ibu negara ‘BERTUKAR’ menjadi tempat letak kenderaan seperti bas pelancongan.
Keadaan itu menyukarkan penunggang basikal untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan DBKL sejak 2015.
Pada masa sama; ia mengundang isu keselamatan kepada penunggang basikal yang mahukan kemudahan itu dipatuhi semua pihak terutama golongan pemandu.