Dua kereta terbalik di Terowong Menora, trafik sesak

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala Kangsar kembali lancar selepas berlaku kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer (km) 261.4 Terowong Menora di PLUS arah Utara, pagi tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 11.45 pagi itu menyebabkan kesesakan berlaku dari Ipoh hingga Kuala Kangsar sepanjang lima km.

“Kami menerima panggilan membabitkan kemalangan itu pada 11.45 pagi, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar pada 1.16 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.31 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan Proton Aeroback itu telah berlanggar antara satu sama lain dan mendapati mangsa tiada di tempat kejadian.

“Anggota membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dan operasi tamat pada 12.08 tengah hari,” katanya. – Bernama







Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com