Ada Pihak Cuba Jual Tanda Kemuliaan Dan Kebesaran Johor

Ada Pihak Cuba Jual Tanda Kemuliaan Dan Kebesaran Johor

JOHOR BAHRU 15 Feb. – Jumaah Majlis DiRaja Johor menerima beberapa maklumat berhubung ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengiklan penjualan tanda kemuliaan dan kebesaran Johor melalui media sosial.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata dalam satu kenyataan hari ini, antara penjualan tanda kemuliaan dan kebesaran Johor berkenaan adalah Pingat Ibrahim Sultan (PIS II) dan Pingat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor.



“Jumaah memandang berat perkara berkenaan serta tanda kemuliaan dan kebesaran Johor adalah kurniaan DYMM Sultan Johor dengan tilik pandang baginda yang amat limpah di atas jasa, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan perkhidmatan cemerlang mereka kepada raja, negeri dan rakyat.

“Tanda kemuliaan berkenaan tidak sepatutnya diperniagakan atau disalah gunakan untuk tujuan keuntungan,” katanya.

Menurut beliau, dia menasihatkan mereka yang tidak bertanggungjawab itu supaya menghentikan perbuatan mereka serta-merta sebelum tindakan undang-undang diambil.

(Visited 47 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.