POLIS sudah mengenal pasti identiti dua lagi individu, yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Sofi Jikan, atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam tadi, selepas beliau hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.





Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, siasatan terhadap Sofi Jikan yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 serta dua lagi individu terbabit dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.















Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my







(Visited 46 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.