Pewujudan tiga pangkalan laut kekang jenayah rentas sempadan

Pewujudan tiga pangkalan laut kekang jenayah rentas sempadan :

SANDAKAN, 14 Feb – Pewujudan tiga pangkalan laut di perairan timur negeri ini menjadi faktor penting kepada tindakan mengekang pencerobohan dan penculikan oleh anasir jahat.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Brigadier Jeneral Zarondin Md. Amin berkata, ia membabitkan aset kapal Auxilari Tun Azizan (KA TAZ), Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) dan Bunga Mas 5 (BM 5) ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sekitar perairan timur negeri ini.

Katanya tiga pangkalan laut ini berkesan bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan negara terjaga sepanjang masa.

“Ini penting bagi membendung perkara yang tidak diingini atau seumpamanya seperti yang berlaku semasa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.

“Kita akan sentiasa bersiap siaga mengekang sebarang kejadian buruk di kawasan perairan negara ini. Oleh itu, dengan adanya aset tersebut sekali gus dapat memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keselamatan negara,” katanya. – Bernama

(Visited 17 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66